« April 2005 | Main | October 2005 »

August 29, 2005

Restlessnya seorang Aku!

Today is a working day- monday-mandomday-mandomfullofshitday..its a common thing anyway.when u work out wiff someone(as a kuli batak) u haff to folo their rules la..demmit ...start a day at 6 am without enuff sleep. Arghh Im Sooo  restlesss!!Smalam n kemarin turun melaka..time is too limited..sabtu keje..habis keje jer terus rushing balik melaka.wiff my parents fromPenang(many thanx to them) just nakangkat barang2 aku yg melambak2 kat sana. Rase cam nak buat auction jerk sumer bebarang kat melaka tuh

Arghhh helpp meeeee!!! tiredd!!!!! well...i got these...for those under the titled of Muslim, just read it... chiauwww....

4 CARA TIDUR

1. Tidur Para Nabi Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan bumi.

2. Tidur Para Ulama' & Ahli Ibadah Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat malam.

3. Tidur Para Raja Yang Haloba Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak dimakan.

4. Tidur Syaitan Menelungkup/tiarap seperti tidurnya ahli neraka.

* Kalau rajin.. Tolong sebarkan maklumat ini kepada saudara Muslim Muslimat yang lain agar menjadi amalan kepada kita semua. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati.

                            

August 25, 2005

Aku :: Im Back ! N WHo`s me Now???

Waa..dah lame sangat aku tinggal this blogging thingy..reason?? shewd i wrote it out?? macam bodo jer...sumer criter pasal life hari2 nak kene bitau org ker? kekadang terpikir gak aku...Anywaay, theres still a reason for that.
And kali nih aku nak bitau citer pasal idop aku darik 3 bulan yg lepas. Reason??
hahaaa...AKU BOSANNNN!!!!
episod pertama
Lepas jerk aku habis stadi kat Making Mani University(bagi boys jerk..wahahaha) or Making MONEY University....kire as long as i remember la...a week jerk after finish study...aku dah masuk spital balik...wuaaaaa...... sangat teruk...the worst condition ever...and i haff to agree wiff the doc-- operation needed-before its too late.Hum...1st time aku dengar derang ckp camtuh..ntah la..aku dah nak mati dah ker? Malas nakpikir panjang2..since aku nyer insuran still valid lagik...so, at the Operation Theatre-3rd floor of Damansara Specialist Hospital..9am..perut aku di belah... dari left to right...pinggang aku. Huwaaaa...panjang!! Dasat!! Menakutkan...Alhamdulillah after 9 hours in that operation room....aku still hidup lagik..jantung aku still berdegup, Tapi-im in a big shocked, why it took sooo long!! 9 jam..... and baru aku realize..i haff to admit the realiti..betapa kroniknya sakit aku ituh :(   Well...big thanx ever to my parent-bapak aku yg aku sayang sangat..mak aku..when i really need support.
2 weeks after operation..aku dah bleh balik..im in a better condition..but at the other side..new problem arrive! Insuran aku tak
N once again.... big things happen
episod kedua
Baru jer sehari aku balik umah..
esoknya..aku terpaksa di kejar ke Spital balik....admit to the ward again..after 2 days..pindah lagik spital...kali nih spital yg besar skit..konon2nya spital yg lagik advance la...tapi..the thing is im in there for A MONTH!! Yg memberangsangkan minda aku utk menyumpah seranah is....diorang belagak pakar, tapi dlm sebulan tuh aku terpakse bergantung idup dengan painkiller 24/7.morfin plak tuh! N punca nyer is- AKU BODO---hahahaha-balik jer rumah itu ari..terus aku bedal kombo-mari-merosakkan-perut punyer meal...aku sental nasik lemak, bedal cendol..ppastuh hentam tebu!! arghhhhh..baru skang aku tau air tebu tuh bisa.....so nak jadikan crite..lepas aku bedal semahu-mahunya.. perut aku terus kene infection... n darik situla bermulanya episod gelap (utk sementara waktu) dalam hidup aku...
Sebulan setengah kat Spital Seberang Jaya, Penang- they say the cant do anything....aku pindah Damansara Spital..kt KL..3 days kat sane..doktor suggest aku pindah spital k`jaan..pasal Damansara tuh private spital..n payment for previous operation..rm30K,pon tak bleh bayar2 lagik.So for the final time..aku pindah lagik spital..Kali nih ke HUKM..kt CHeras...N tinggal la aku kat sana for another 2 months!..waaaa at HUKM, at last berakhirlah episod duka seorang aku...aku mintak kuar darik spital. So IM FREE!! hoorayy!!! kat sini...aku betul nak ckp..thanx a lot for my parent..they`re everything for me..baru aku tau nilai kasih mak bapak kat kite cemaner..bleh nampak sindrik..sampaikan mase aku on-drug(morfin)...aku halau mak bapak aku darik spital..pon derang masih leh sabar..tapi seriously aku tak sedar aku buat camtuh kat diorang..teruk giler aku nih...kan?? n oso thank you pada kawan2 yg lain yg sudi menziarahi / mendoakan kesihatan aku... ceewah..cam penutup ucapan plak...
N tak lama lepas tuh
AKu Convo!! WUaaaaaaaaaa!! bestt!!! at last...aku dapat gak konvo seperti ape yg aku citakan...hum..syukur kat Allah...walaupun Dia turunkan ujian yg bagi aku-sgt perit..tapi at the other side, still theres a lot of things happen-things that cant be value with our money... humm..banyak sgt bende happen yg menginsafkan aku...
Sekarang.
n skang..aku berada kat ofis... kt meja aku yg agak besar....kerusi yg leh sandarkan kepale.. skalik lagi aku bersyukur dengan ape yg aku dapat...Alhamdulillah... aku dah ade keje..even kalau nak kire -banyak aspect yg I cant avoid to say 'i hate it!'...tapi..aku kene gak belajar redha dengan pemberian Tuhan...kan?
Aku sekarang ialah seorang lelaki bekerja yg still on painkiller 24/7-bukan lagik seorang student yang ada masa untuk bersuka-ria.Im now-a man with a lot of tanggungjawab..n feature planning-nak kene beli kereta, bayar ptptn, bayar telekom,..bayar duit spital...
leh ker aku bertahan?
Aku bukan lagik seperti yg dulu! --(~.~)--

Aku Dan Keinsafan ..realiti idop

Humm...harap sesape yg tak puas dengan hidup dia..tolong la bace... the same thing happen to me... aku nak habiskan pelajaran...Alhamdulillah..dah habis belajar....tapi, cemaner dgn final CGPA aku? Y do i haff to wish for sumthing nonsense, aku mintak sihat...Alhamdulillah aku sihat..tapi, New problem keep coming..keep haunting me.. arghhhh...aku btol2 insap..... (~.~)   
Cerita benar dari seorang insan... hayatilah...

belajarlah untuk bersyukur...

Assalamualaikum warahmatullah...

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Sesungguhnya aku bersaksi
bahawa tiada Tuhan melainkan Allah yang Esa, tiada sekutu bagiNya dan
sesungguhnya aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad itu hamba dan rasulNya.
Selawat berserta salam buat Nabi Junjungan Muhammad SAW yang mempunyai
keperibadian mulia & diutuskan sebagai ikutan. Juga buat sekalian
muslimin & orang2 yang beramal soleh...

Minggu lepas saya sempat tonton sebahagian dari sebuah filem yang
disiarkan di channel Vision Four. Tajuknya Interstate 60. Pelakon utamanya
saya tak kenal tapi pelakon tambahannya ramai yang top2. Salah satu
babak yang saya ingat sangat, ialah di awal cerita yang membabitkan pelakon
terkenal, Micheal J.Fox. Dalam babak tu, Micheal kelihatan seperti
seorang businessman yang sibuk.

Ketika itu dia sedang bercakap2 di handphonenya di dalam kereta. Di
belakangnya ada seorang lelaki sedang mengayuh basikal sambil menghisap
pipe. Tiba2 Micheal buka pintu keretanya dan akibatnya lelaki tersebut
terlanggar pintu tersebut dan tergolek. Tengah tergocoh2 & sibuk mintak
maaf tuh, handphone Micheal terlepas dari tangan. Sampai je ke atas
jalan, datang satu trailer lenyek handphone. Apa lagi, menyumpah seranah la
dia.

Yela... Sebagai businessman, tentu handphone tu alat penting untuknya.
Dalam keadaan marah, terkeluar dari mulut Micheal (lebih kurang la...)
"Saya harap ini tak pernah terjadi". Rupa2nya lelaki yang bawa basikal
tadi ada kuasa magik. Dia mampu ulang balik masa dan mereka kembali ke
satu keadaan di mana Micheal masih dalam kereta dan lelaki tadi masih
menunggang basikalnya.

Bila tiba hampir ke kereta Micheal, dia berhenti. Tiba2 Micheal keluar
dari kereta. Kali ni lelaki tadi tak melanggar pintunya seperti sebelum
ini. Jadi Micheal terus rancak berbual hinggalah tiba2 datang trailer
dan melanggar Micheal J. Fox. Lelaki tadi, yang berada di belakang
kereta Micheal & memerhatikan segalanya, bekata "Some people just don't know
what to wish for" (Sesetengah orang tak tahu apa yang patut diminta).

Apa kesudahan filem ini saya tak tahu sebab saya tak menontonnya hingga
selesai. Tapi saya cukup tertarik dengan perkataan lelaki yang
berbasikal tu. Sesetengah orang tak tahu apa yang patut mereka minta. Bukankah
hampir kita semua begitu? Dalam filem tadi, Micheal mengharapkan
kemalangan tu (basikal langgar pintu keretanya) tak berlaku supaya
handphonenya terselamat. Tapi tanpa kemalangan itu, dia pula yang maut. Perasan
tak?

Ini satu telefilem fiksyen. Rekaan semata. Tapi perkara ni sebenarnya
berlaku dalam kehidupan harian kita. Seringkali kita meminta perkara
yang macam2 seolah2 itulah yang terbaik untuk kita. Persoalannya, tahukah
kita apa yang terbaik untuk kita? Kalau kita dilahirkan miskin, kita
sering berdoa untuk menjadi kaya. Hendak mengubah kehidupan, kita kata.
Tapi kita pastikah kekayaan itu yang terbaik untuk kita?

Atau kita dilahirkan pendek, atau terlalu tinggi, atau hitam atau
berpenyakit. Tentunya kita mengharap2kan keajaiban untuk menjadi manusia
yang sempurna atau sekurang2nya 'just nice'. Mungkin juga kita terbabit
dalam kemalangan yang mengorbankan orang yang tersayang. Pasti tercalit
dalam hati keinginan untuk mengembalikan masa itu supaya kemalangan itu
dapat dielakkan dan nyawa orang kesayangan kita juga selamat. Kan?

Persoalannya, adakah apa yang kita perolehi sekarang ini bukan yang
terbaik? Adakah Allah itu zalim atau pilih kasih dengan memberi sesetengah
orang nikmat manakala setengah lagih azab? Bukankah Allah itu Maha
Adil? Bukankah Allah itu Maha Mengetahui? Bukankah Allah itu Maha
Bijaksana? Jika begitu, mengapakah ada sesetengah dari kita yang bernasib malang
manakala sesetengah yang lain bernasib baik sepanjang hidup mereka?

Sebenarnya, kita adalah apa yang kita minta (we are what we wish for).
Kadangkala tatkala kita berdoa, kita sendiri kurang faham dengan apa
yang kita minta. Ada orang berdoa minta selamat. Akan tetapi Allah
berikan dia dari sihat jatuh sakit. Dari kaya jatuh miskin. Dari jelita jadi
huduh. Bagaimana itu? Itu hanyalah sebagai ujian kesabarannya.
Seandainya imannya tetap kuat, insyaAllah dia akan selamat di akhirat kelak.

Selamat juga, bukan? Adakah Allah menolak permintaannya? Tidak! Bahkan
Allah meletakkannya ke tempat yang lebih tinggi. Begitu juga dengan
keadaan saya baru2 ini. Hidup dikelilingi hutang lapuk. Pening kepala nak
bayar. Interest makin meningkat. Ibu mana yang tak kasihan lihat
anaknya susah hati? Satu hari tu ibu saya beritahu saya yang dia tiap2 hari
berdoa minta saya dapat banyak duit. Dia simpati dengan saya katanya.

Saya katakan kepadanya. Kalau banyak duit, tiap2 bulan saya dapat,
Alhamdulillah. Saya katakan padanya kalau mahu berdoa untuk saya, berdoalah
semoga hutang lapuk saya selesai. Saya beritahunya ketika sebelum
Zuhur. Zuhur tu juga dia telah tukar doanya dan Alhamdulillah, petang itu
juga saya nampak jalan penyelesaiannya. Doa ibu itu berkat. Sekarang,
Alhamdulillah ringan rasanya beban di kepala saya. Maha Suci Allah...

Apabila Allah menentukan sesuatu ke atas kita, percayalah itu adalah
yang terbaik. Hanya mata kita yang diseliputi dengan nafsu yang tidak
dapat melihat kebaikan yang ada pada sesuatu kejadian. Mengapa sukar bagi
kita untuk redha kepada kejadian Allah? 'Grass is always greener on the
other side'. Kan? Kita sentiasa melihat apa yang ada pada orang lain
itu lebih baik dari apa yang kita miliki.

Sedang Nabi saw telah menasihatkan agar kita melihat orang yang di
bawah. Jangan melihat orang lebih tinggi kerana intu akan membuat kita
tidak bersyukur. Dan itulah masalahnya pada diri kita. Kita sentiasa
mengejar peluang yang lebih baik. Sentiasa mahukan yang lebih banyak. Saya
sendiri mengalami perkara ini. Dan saya percaya ramai yang turut
mengalaminya. Siapa yang taknak gaji besar, kan?

Masa saya grad, ekonomi negara benar2 sedang menjunam. Saya ke hulu ke
hilir mencari kerja. Akhirnya saya bekerja sebagai operator di kilang
metal stamping. Gaji RM400 sebulan. Tiada OT. Tolak itu, tolak ini,
dapatlah RM350. Hm... Cukup? Dah tentu tidak. Ketika itu saya hanya
memiliki sebuah motor Yamaha 110SS hadiah ayah sempena dia dapat EPF. Isi
minyak dengan makan dah habis. Ketika itu saya fikir, dapat gaji RM750 pun
jadilah.

Kemudian saya bekerja sebagai Lab Technician. Betul2 saya dapat RM750.
Cukup? Tak juga. Masa tu saya mula terfikir. Dapat gaji RM1500 pun dah
cukup. Allah tunaikan lagi. Bekerja pula di petrochemical plant.
Sebagai trainee, dapat la RM1500 sebulan. Ya Allah... tak cukup juga. Sebab
masa tu saya dah beli kereta Iswara. Saya fikir, dapat RM2500 cukup la.
Tapi bila dapat banyak tu, saya tukar kereta pula. Kesimpulannya tak
cukup juga!

Memang takkan cukup. Nafsu itu adalah benda yang paling besar!
Sekarang, ketika kawan2 saya berlumba masuk syarikat lain yang offer gaji 2 - 3
kali ganda, saya tetap di sini. Kalau ada yang bertanya kenapa saya tak
ikut mereka, senang saya katakan. Saya selesa di sini. Kalau solat saya
panjang, bos tak pernah marah. Sedang rakan2 saya di syarikat baru
dibenarkan solat hanya dalam masa 5 minit sahaja.

Kini saya dah pandai mengatakan cukup. Cukuplah sebanyak ini yang Allah
beri. Sekiranya diberi lebih, Alhamdulillah. Sekiranya semakin kurang,
semoga Allah perkuatkan iman saya menghadapi dugaan mendatang. Yang
penting bagi saya, apa yang saya perolehi ini halal dan diberkati. Pesan
Nabi saw kepada Saiyidina Ali ra supaya jangan mengira2 rezeki untuk
hari esok kerana Allah menurunkan rezeki pada tiap2 hari. Ini benar2
terkesan dalam hati saya.

Tapi bukan bererti kita tak boleh mengejar yang lebih baik. Kejarlah
dunia seperti akan hidup 1000 tahun lagi. Tapi dunia itu ibarat bayang2.
Makin dikejar makin ia lari. Kejarlah akhirat seperti akan mati esok
hari. Kerana akhirat itu umpama matahari. Makin kita kejar akhirat
(matahari), dunia
(bayang2) akan mengejar kita. Rezeki itu hak Allah maka bermohonlah
kepada Yang Memiliki rezeki itu. Kerana tiada rezeki untuk kita tanpa ada
izin dariNya.

Terjadi kepada kenalan saya. Dengan gaji RM1000 sebulan, nak bayar
ansuran rumah, nak isi minyak motor yang makin naik, duit lampin anak, duit
makan, tinggal pula di JB, memang tak cukup. Sering dia mengeluh. Di
tempat kerjanya pula dah lama hadkan OT. Kesian dia. Selalu dia cakap dia
nak cari kerja lain. Dah banyak dia apply tapi tak dapat2 sebab tiada
kelulusan dan umur pun dah makin lanjut.

Atau setidak2nya dapat banyak OT. Saya katakan padanya, besar periuk
besarlah kerak. Sekarang dia pakai motor. Kalau gaji besar lagi, mungkin
dia pakai kereta. Besar mana pun tetap tak cukup. Tapi... Masuk telinga
kiri keluar telinga kanan. Akhirnya Allah tunaikan permintaannya. Tiba2
dia dapat banyak sangat OT. Hari2 balik rumah sampai tengah malam.
Langsung tak rehat. Main dengan anak pun 2 -3 minit masa pagi sebelum ke
tempat kerja.

Bila jumpa, dia cakap dah penat. Tak larat nak OT. Saya ketawakan dia.
Bukankah ini yang dia minta? Ya, katanya. Tapi dia dah tak larat. Hari
Ahad je dia dapat rehat. Bila nak main2 dengan anak? Kesian anaknya. Ke
masjid pun hari Jumaat saja sekarang ni... Saya katakan padanya, kita
tak boleh dapat segala2nya. Dia nak duit, Allah bagi duit. Tapi dia
hilang kehidupan dan masa dengan anaknya. Itu adalah permintaannya.
Bersyukurlah Allah telah menunaikan...

Kalau nak dikongsi, terlalu banyak rasanya apa yang saya lalui. Saya
pasti, saudara2 semua juga ada lalui perkara yang sama. Di sini, bukan
niat saya nak mengajar. Bukan juga nak menunjuk pandai. Saya hanya
mengajak saudara2 sekalian terutamanya diri saya sendiri untuk berfikir. Apa
yang kita buru? Apa yang kita cari? Apa yang kita dapat? Berapa kali
pernah kita bersyukur dan berapa kali pernah kita katakan cukup?

Cukup atau tidak apa yang kita ada, bergantung kepada cukup atau tidak
kita bersyukur ke hadrat Allah. Juga bergantung cukup atau tidak kita
tambat nafsu kita. Yang penting tiap kali selepas solat, berdoalah
pohonkan Allah berikan yang terbaik buat kita. Nabi saw pernah memberitahu,
orang yang tidak berdoa selepas solat adalah orang yang sombong. Dalam
hadith yang lain, Baginda saw berkata orang yang sombong adalah syirik
kerana hanya Allah yang layak untuk bersifat sombong. Wallahu'alam...

Ya Allah! Ampunkanlah kami ya Allah. Selama ini kami leka. Selama ini
kami lalai dalam mengejar nikmat dunia hingga kami lupa janji nikmat
syurga Mu. Cukupkanlah kami dengan apa yang Kau beri. Dan jadikanlah kami
insan yang tahu bersyukur. Amin... Ya Rabbal 'Alamin...

Akhir kata, berlajarlah untuk berkata cukup.....

Sekian buat kali ini. Segala yang baik datang dari Allah dan yang buruk
adalah akibat kebodohan saya sendiri. Wabillahitaufiq walhidayah,

Wassalamualaikum warahmatullah