« August 2005 | Main | November 2005 »

October 28, 2005

Slamat..oh Selamat....

Raman letih.raman letih sebab banyak bende terkejar-kejar kene siapkan..rushing la katakan....tapi, raman heppi.raman sangat heppi sebab raman dapat pulang beraya di kampong halaman kat parit buntar.Raman dah beli macam2 untuk balik kampung, maklum la dia baru jer keje..so dia pon ade duit sendiri. raman heppi.nyanyi la la la la. tapi raman tak hepi pasal kene bayar duit tol ngan duit minyak nak balik kampung.


raman carik kawan2 nak balik sekali.nanti duit buleh tong tong.jimat..bijak sungguh dia nih kan? good boy.. tapi kan...takde sape nak menumpang. raman sedih lagi...raman cube ajak macik seblah umah balik kampung raman. tapi dia tanak pasal nanti anak2 ngan cucu2 dia nak beraya dengan dia. dia janji hari gawai nanti dia ikut raman balik kampung..kelakar sungguh macik seblah. raman
pelempang dia.dia tak sempat mengelak, tetibe je terus dia sidekick, tapi raman pandai.dia lompat pastuh terus lari masuk rumah.kunci rumah pastuh duduk diam2 dalam rumah sampai bukak posa. bodo sungguh raman.
Rayaku
[KLIK LA NAK BESARKAN..ITUH PON TAK RETI KER....]


pastuh esoknyer pulak, dia pegi serbis kereta..pastuh ade sekalik tuh raman bosan2..dia buat la kad raya, kad raya dia macam best jerk tengok..kan?kan?? dia bagik kad raya nih ..kalau nak yg had kopi punyer ...nanti korang pandai2 la print sendirik. pastuh tampal dekat depan umah . buat sticker tampal dekat dalam kereta ker, beskal ker. nanti mesti raya lagik meriah.

pastuh ..nanti saper2 nak datang rumah..datang la..alaa...kat PB ..takkan tak tau...kat pb ader kedai runcit haji berahim..best woo! ade kedai buku mamak firdos..ala kedai mamak laa..dulu kecik2 suke curi buku kat kedai tuh..comel..kan?pastuh ade kedai makan banyak2. ada supermarket billion dengan  supermarket minat...wooohh!!! hebat nya pb!! hebatnyaaa!!

selamat ari raye...

                            

October 20, 2005

Aku dan MAC

Cita2 ku sekian lama tercapai, at last!-stret2d point- aku dapat merasai leenakan dan kelazatan memegang sebuah laptop dengan sistem operasi Macintosh...huwahhlauuuwehhhhh! akuuuu GUUMBIREEEE!!!!
walopon mac laptop nih bukan kepunyaan aku-tapi aku tetap eppi..dah lame sangat aku ngidam nak pakai Mac.....
Imac1_1  Imac3

aku sangat jatuh chenta dgn interface..dgn grafik ability nya......superb abisss!!!..eh b4 that..punca aku dapat sentuh laptop nih..semuanya di atas jasa budak umah aku iaitu sedara Aman (bukan tora-aman deraman tuh)..Cakap pasal Aman nih plak..he's a Cikgu (aku rasa dia nih seorang cikgu yg gagal menjadi seorang pendidik yg cemnerlang berikutan tindak tanduknya di rumah yg ntahaper aper)... Aku pon tak sangke aku leh dapat serumah dengan seorang cikgu..pasal seblom nih dalam otak aku...yg aku tau..cikgu2 mesti stret..garang..benging..ganas huwarghhhh!!!!...Tapi bile jumpak jerk dia...semua jangkaan aku meleset.. bebudak umah jerk tau ape yg dia minat....muahahahaha!!! pastuh dah le ske kutuk Zone Alarm Pro-firewall kesayangan aku..demmit ..hohoho...tapi walopon dia juga suka memakan bandwidth strimix dgn banyak dan slalu mengugut akan melimitkan bandwidth aku ..dia tetap seorang yg cool dan caring ..auww!! Kay back to the topic ,make it short, dis laptop belong to kerajaan melesia yg di letakkan di skolahnya..takde sape yg pakai katanya...RUGINYA!! watta  lose!!baik kasik aku minjam ajerk!! ruginya aku bukan seorang pendidik seperti dia..kalau tak secara rasminya aku mengisytiharkan laptop nih kepunyaan aku..muahahaha!!!

Imac2Mac adalah best-paling best dari segi rendering grafik dia...darik segi rupa bentuknya yg seksi dan elegan abesss......tapi sebenarnya tak best darik segi features yg ada..huhuhuhuu! WHY?? first of all- application dia...tooo limited..even skang theres a lot of company try to build more apps for this system..tapi sbenarnyer banyak downside dia..contohnya bagik orang cam aku nih.....tiada lagik Piracy edition yg belh di install sewenang wenangnya kat sistem nih...huwaaaa sedeyh aaaaa....nak pakai photoshop ciplak pon takder...arghh melepas peluang aku nak try photoshop kat sini!! argh arghhh!!!! pastuh 2nd nya- nomore Mr right click--uwaaaa ini plg susah nak adopt...dah terbiasa dgn rite click dgn windows...dekat linux...skalik alih2 try jerk mac...arghh takde rite click..kekok kekok keokokokokoekekoeko abesss ahhhh!! ape aku nak buat...nih yg buat aku berbelah bagi nak simpan duit nak beli mac nih...ahhh sedapnyer menaip dengan laju...best la kibod dia nih...tak pernah aku rasa kibod yg sesedap nih sepanang idop aku...huhuhu ape aku merapek nihh!!!!

Imac6tapi i do hope-still...for the better feature of Mac...at least rite click n file navigation lah...encik-encik macintosh...letak la right clik!!! susah sangat ker?? tak pon release jerk Mac underwater edition yg adopt features dr Windows...kan ker best??

iskk...kalau la aku jadik cam skywizard(budak programming member kepada budak umah aku) kan best..woo kalau la aku belh buat satu sistem sindrik...kalau laa aku bleh tambah rite click sindrik...
ahhhh alangkah bahagianya idop....

Imac5ape2 pon..aku still jatuh cinta dgn mac....ape nak buat..aku hanya mampu menjadik insan yg bergantung kepada pc sindrik yg takpower+pc opsi yg tak best...+ software2 pirate...
aku ingat..orang2 yg btol2 kaye jerk mampu beli mac nih sebenarnyer..ye laa..software dia bukan senang nak carik...mahal plak tuhhhh..kalau takat sringgit dapat 3 software bleh gak la aku pertimbangkan.....

ah..cukupla takat nih aku membebel...

time kasih pada Cikgu Aman yg membawa pulang laptop ini utuk di rogol oleh aku...

by the way- rite click untuk Mac single button mouse- is by holding ctrl and click...always wish for rite click button.. -(~.~ )-

                                            Imac4

October 18, 2005

Aku Dan Cahaya keImanan...

Assalamualaikum warahmatullah...

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Sesungguhnya aku bersaksibahawa tiada Tuhan melainkan Allah yang Esa, tiada sekutu bagiNya dan sesungguhnya aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad itu hamba dan rasulNya.Selawat berserta salam buat Nabi Junjungan Muhammad SAW yang mempunyai keperibadian mulia & diutuskan sebagai ikutan. Juga buat sekalian muslimin & orang2 yang beramal soleh...

Bismillahir Rahmanir Raheem...

Beberapa minggu yang lepas saya berpeluang ke Markaz Tabligh Kempas, Johor Bahru bersama abang saya. Tujuan kami adalah untuk berjemaah Maghrib dan Isyak di sana sambil mengmbil pengajaran dari sessi bayan yang diselitkan
antara kedua waktu tersebut. Maka pergilah kami berdua menaiki Perodua Rusa Abang saya dengan lengkap berpakaian sebagaimana lazimnya orang hendak ke masjid.

Tiba di suatu simpang lampu merah, kami terpaksa beratur seperti mana orang lain. Di tepi jalan kelihatan seorang pemuda yang kelihatan seperti berbangsa India sedang mengangkat potongan kertas2 kecil sambil berteriak
"Mapipo! Mapipo!". Jika di KL, rasanya mapipo lebih dikenali dengan mapiau. Bila tiba di sebelah Rusa abang saya pun, dia mengangkat2 kertasnya seolah2 bertanya adakah kami mahu membelinya.

Melihatkan kami diam, dia meneruskan perjalanannya ke kenderaan yang di belakang. Dapat saya perhatikan abang saya mengekori langkah si penjualtadi dengan ekor matanya. Seketika kemudian abang saya menoleh kepada saya
seraya berkata "Kita dah pakai macam ni pun dia masih nak jual? Agaknya kenapa?" Saya hanya tersenyum. Tak terfikir pula soalan sebegini.

Saya katakan, mungkin kerana sebelum ini pernah ada orang yang berpakaian seperti kami membeli mapipo daripadanya. "Mungkin," katanya. "Tapi bagi abang sebenarnya sebab Nur Allah tidak ada dalam pada muka kita." Apa pulak... Getus hati saya. Kita orang Islam. Kita solah, puasa dan bermacam2 amalan lain. Kenapa pula tidak ada Nur Allah? Saya mendiamkan diri sebagai menghormati pendapatnya.

Bayan di malam itu memang cukup hebat. Rasanya semuanya tepat ke atas muka saya walaupun si pemberi bayan lebih bermaksud tentang dirinya sendiri.Antara lain dalam bayan tersebut banyak menyentuh tentang letaknya kalimah 'Laailaha illallah' dalam diri kita. Kebanyakan kita meletakkan kalimah itu di mulut. Bukan di hati. Maka kerana itu tidak terbit cahayanya pada wajah kita.

Katanya, orang yang dalam hatinya ada kalimah tersebut, wajahnya akan mendatangkan kedamaian. Sesiapa yang di dalam hatinya ada Allah, maka wajahnya akan mengingatkan orang kepada Allah. Jika orang hendak berbuat dosa, tatkala terpandang wajahnya, akan terbantutlah niat orang itu tadi.
Begitu juga, orang yang belum solat misalnya, akan teringat akan solat yang ditinggalkannya apabila melihat wajah orang yang hatinya ada Allah...

Beberapa hari kemudian saya dipanggil berkursus di Subang Jaya. Seperti biasa, saya akan menaiki bas ekspress dari JB dan turun di Puduraya. Begitu juga ketika pulang. Saya biasanya akan balik melalui Puduraya. Alang2 sampai ke Puduraya, saya selalunya akan mengambil peluang meronda2 Petaling Street (PS). Entah mengapa, suka sangat rasanya saya ke sana walaupun belum pernah lagi saya beli apa2 di sana selama ini.

Sampai2 sahaja ke PS, seorang pemuda Cina menegur saya. "Bang!  Mau ka?Blue pun ada bang. Melayu punya..." Saya cuma mengangkat tangan tanda menolak. Kemudian seorang lagi. Tetapi kali ini pemuda Melayu. Saya tenung
mukanya. Dia masih boleh buat selamba. Hm... Terfikir saya. Pernahkah orang seperti saya membeli VCD lucah dengan penyangak2 ini?

Lantas saya teringat kata2 abang saya. Kerana Nur Allah tidak ada pada wajah saya. Apabila saya ke tandas kemudiannya, saya membelek wajah saya di cermin. Hm... Masih tidak kelihatan seperti muslim sejatikah aku ini? Saya bertanya kepada diri sendiri. Mengapa ya? Mengapa ada orang yang masih ingin menjual VCD lucah kepada saya? Kalau Cina masih boleh difahami.Tetapi orang Melayu...

Akhirnya saya terima kata2 abang saya. Saya percaya pada wajah saya tidak ada serinya seperti wajah para sahabat yang benar2 meyakini kalimah 'Laailaha illallah' itu. Teringat saya pada suatu kisah. Di zaman para sahabat, orang2 kafir dan yahudi amat2 patuh kepada Amirul Mukminin.Apabila tiba masa pungutan cukai, para sahabat datang dengan pakaian yang bertampal di sana sini.

Akan tetapi orang kafir dan yahudi amat menghormati mereka. Mereka melambakkan harta di depan rumah mereka sambil berkata "Ambillah mana2 hak Allah." Setelah mengambil seberapa banyak yang patut, mereka pun pulang.Selepas masa silih berganti, para sahabat diganti dengan para tabien.
Ketika ini kerajaan Islam benar2 utuh dan mewah. Tentera Islam telah berpakaian besi.

Namun, apabila mereka menghampiri orang kafir dan yahudi ini, mereka (para kafir dan yahudi) bertanya "Di manakah orang yang pakaiannya bertampal yang datang mengutip cukai dahulu?" Tentera itu menjawab "Mereka semua telah mati". "Pergilah! Tidak ada cukai untuk kamu. Dan tunggulah sehingga nanti kami akan perangi kamu!" Begitu balasan orang kafir dan yahudi kepada tentera Islam tersebut.

Inilah sebenarnya. Gentarnya musuh Islam terhadap muslim bukanlah kepada kebendaan yang kita ada. Sebaliknya mereka gentar dengan ketaqwaan yang wujud dari dalam. Kerana ketaqwaan itulah yang memancarkan Nur Allah pada muka orang yang memilikinya. Dan Nur Allah inilah yang akan menerangi
setiap jalan yang gelap dan membuatkan musuh2 Islam dan orang2 munafiq tunduk melihatnya.

Namun, hendak meletakkan kalimah Laailaha illallah di dalam hati bukanlah semudah yang disangka. Cukupkah dengan bersolat 5 waktu sehari semalam,puasa di bulan Ramadhan, berzakat dan naik haji membolehkan kalimah Laailaha illallah itu melekat dalam hati? Sesungguhnya tidak! Soal ini bukan soal ibadah semata2. Ini soal percaya. Ini soal yakin. Sejauh mana yakinnya kita kepada apa yang kita yakini.

Memang mudah untuk kita, apabila berlaku satu2 bencana, katakan ini semua ketentuan Allah. Tetapi sejauh manakah hati kita mampu terima itu ketentuan Allah? Benarkah kita mampu untuk tidak mengeluh apabila berlaku satu2 kesusahan dalam hidup kita? Anda pasti? Berani saya katakan, saya tidak pasti. Mungkin saya tidak sampai peringkat bunuh diri tetapi sekurang2nya rasa sedih dan serabut tetap wujud juga.

Sedang orang yang benar2 mencintai Allah, akan terima segala apapun yang berlaku atasnya dengan penuh redha. Susah atau senang dia akan tersenyum.Apa juga bencana atau khabar gembira dia tetap akan bersolat memohon rahmat. Inilah orang yang dijanjikan jalan kebahagiaan. Inilah orang yang saya maksudkan pada wajahnya terdapat Nur Allah yang mengundang rasa gementar pada hati orang yang tidak beriman.

Saya tidak sampai ke tahap itu. Walaupun belajar untuk redha dengan kesusahan yang saya terima, namun kadangkala terlahir juga sedikit keluhan dari mulut ini. Namun apabila tersedar, segera berastaghfar. Begitu juga dalam menghadapi ujian dan dugaan sehari2. Mata ini... Terlalu gemar melihat yang cantik. Walaupun saya amat menekankan berkenaan penutupan aurat, namun jika perempuan seksi melintas depan mata, tetap menjeling juga.

Juga di dalam pergaulan sehari2. Jika ada pertentangan pendapat, begitu cepat untuk saya melenting. Jika difikir2kan kembali, rasanya saya jauh dari sifat muslim yang sejati. Bagaimanakah mungkin orang dengan kualiti
seperti saya ini mampu memancarkan Nur Allah yang lahir dari ketaqwaan  hati? Sesungguhnya tidak. Maka sewajarnyalah mereka yang di PS tidak takut atau segan menjual VCD lucah kepada saya...

Bukanlah saya hendak membuka pekung di dada. Bukan juga dengan niat menunjuk pandai. Demi Allah tiada. Ini hanyalah sebahagian daripada pemikiran saya yang saya harap dapat kita kongsikan bersama. Pada kebiasaannya setiap penulisan saya mampu mengingatkan diri saya sendiri.Itulah sebenarnya harapkan. Harus saya sebut berulang kali niat saya ini
kerana saya bimbang ada pula nanti yang tersalah anggapan...

Marilah saudara2 sekalian. Marilah kita berusaha untuk meningkatkan ketaqwaan kita. Agar Allah sudi memancarkan NurNya pada wajah2 kita.Marilah kita bersama menguatkan keyakinan kita kepada ketentuan Allah.Semoga kita berjaya sampai ke syurgaNya. Seungguhnya tidak ada kejayaan
tanpa usaha. Dan tidak ada usaha tanpa doa. Semoga Allah memberikankeberkatan ke atas kesekalian kita...

Sekian buat kali ini. Segala yang baik datang dari Allah dan yang buruk adalah akibat kejahilan saya sendiri. Wabillahitaufiq walhidayah,

Wassalamualaikum warahmatullah

-Abu Naqibah-(ruzaihan.junit@exxonmobil.com)